Minat atau… Trend?

Sekarang ni, kita digegarkan dengan pelbagai budaya, pendedahan muzik, cara pemakaian, dan macam-macam lagi la! Ia semacam satu trend atau ikutan. Seperti membiak dari satu kelompok yang kecil menjadi besar.

Budak mentah seperti budak tadika, sekolah rendah dan menengah mudah dipengaruhi trend sebegini. Yelah.. otak kosong lagi. Dah masuk dengan ‘menatang’ tu semua. Mana tak ikut-ikut kan. Tapi sedar atau tidak, ia mampu merosakkan masyarakat baru kita. Antara trend negatif contohnya macam rempit. Even budak-budak kecil sekarang dah tahu ‘willie tu apa. Kalau tahu saja tak apa lagi, ni sampai mengikut apa yang diorang buat. Terus terang aku cakap, aku rasa macam nak langgar je budak-budak yang buat aksi rempit guna basikal kat area perumahan aku ni. Bila bercakap, bajet bagus je diorang semua. Macam semuanya pandai.

Tak berapa lama selepas rempit, cara pemakaian emo gothic pula mendapat perhatian. Tu pun selepas band My Chemical Romance  bertapak kat Malaysia. Majoriti budak-budak yang ghairah memakai pakaian sebegitu, budak sekolah. Keluar jalan-jalan kat kota, bangga dengan make-up ala-ala emo gothic. Sampai habis make-up mak dan kakak diorang. Entahlah…

Bila band indie mula mendapat perhatian, muncullah pelbagai manusia yang kononnya meminati band-band ini sejak dari azali lagi. Ini gara-gara drama siri Kami yang ditayangkan di 8TV dua tahun lepas. Kalau yang memang kaki gigs, layan indie, aku tak kisah. Entahlah diorang tu.

Aku ingat lagi, tahun 2007, masa tu band Meet Uncle Hussain tak berapa famous di kalangan orang yang tak layan gig. So masa tu first time aku bagi kawan-kawan dengar lagu diorang. Kalau tak silap lagu Pari Pari Di Bawah Angin ke Pura Pura (tak ingat!). Diorang bukan main mengutuk lagi. Sekarang diorang siap buat caller ringtone lagi lagu tu. Cakap tak serupa bikin diorang tu. Iman tak kuat. Haha!

Walau apapun trend yang berlaku kat dalam Malaysia ni, aku tetap mengaku yang aku Malaysian! Buruk baik orang kita, kita kena tegur gak. Kalau diorang tak nak dengar, tembak je dengan senapang gajah. Haha! Buat semua yang suka terikut-ikut, henti-hentikanlah semua tu. Kalau korang memang minat gig, shuffle, rempit, ke whatever, biarlah bertamadun sikit. Jangan nak menyusahkan orang je okay!

Yang penting sekali! Kalau korang tu still belajar, tak kira lah sekolah atau kolej, pandai-pandailah bahagikan masa dengan apa yang korang minat. Masa belajar, 100% belajar. Masa jamming, 100% jamming. Jangan time jamming, fikir ‘alamak, assignment tak siap lagi, sok kena hantar’. Jadi tak feel en.

Renung-renungkan dan selamat beramal!
petikan kata pakar motivasi prof izuddin hj ali (prof izzi)

peace
hani 09

Hidup Tidak Terduga

Kadang-kadang apa yang kita
nak,
fikir,
dan dapat,
semuanya tak sama.

Keluarga,
sahabat,
cinta,
dan cita-cita.

Seperti yang kita duga. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Terjamin masa depan. Dan bahagia dengan apa yang kita dapat. Tapi adakah semua itu dapat memuaskan hati kita masing-masing?

Hidup ni memang payah nak diduga. Apa yang mustahil itu yang terjadi. Kadang-kadang kita tak nak dia. Tapi ALLAH lebih mengetahui dari kita. Dan akhirnya, dia jadi milik kita. Jangan mudah memperkecilkan nikmat ini. Walaupun ada banyak kekurangan dalam diri seseorang, namun terdapat satu kebaikan yang terselit dalam banyak-banyak kejahatan yang kita nampak dan yang dia lakukan.

Oleh itu, jangan pandang rendah pada seseorang yang luarannya mungkin teruk. Tapi kita kena lihat dalamannya. Hati yang
ikhlas,
jujur,
bukan senang nak cari dan dapat dengan mudah en.

peace;
hani

Hidup Ini — Part 1

Kadang-kadang hidup agak membosankan bila kita tiada siapa. Tapi bila ada seseorang, ia bertambah membosankan disebabkan beberapa perkara yang terpaksa disekat atas sebab seseorang itu tidak suka. Macam bodoh je en? (Memang bodoh). 

Terus terang aku katakan, selepas aku ada dia, kehidupan aku ‘agak’ bosan.
Tak ada gig.
Tak ada jamming.
Tak ada drugs (ni tak apa).
Tak ada free-life style.
Bosan!

Tapi aku tak perlu rasa macam tu sepatutnya. (Kenapa?) Sebab aku tahu dia sayang aku dan dia tak nak aku terjebak macam dulu.
Teruk.
Hina.
Macam-macam lagi la yang aku rasa (pa*at!)

Tapi kadang-kadang aku terfikir.. (Amende?) Dia dah buang aku satu masa dulu. Dan sekarang dia milik aku (bodohnye..). Aku tak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Tapi aku perlukan penjelasan yang ‘lebih’ jelas + kukuh (macam dalam mahkamah je).

Aku pernah berniat jahat selepas dia tolak aku dulu. (Setan betul!) Kira macam balas dendam la. Tapi.. entah le. Tak sampai hati plak aku selepas dia mintak declare masa pagi raya hari tu.

Paling ‘berdosa’ sekali, selepas dia tolak aku dulu. Aku jadi macam aku dulu.
Gigs.
Drugs.
Free life-style.
Macam si*l je!

Tapi alhamdulillah.. aku dan dia bersefahaman sekarang. Harap sampai bila-bila. Sampai aku mati. (Amin~)

Adik, Kawan, atau… Cinta?

Kehidupan disekeliling kita ni kadang-kadang tak seberapa sempurna di mata kita. Bila dah ada yang baik, mesti kita tak puas hati. Nak yang lebih baik dari tu. Macamlah kita ni baik sangat. Tapi kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Manusia memang banyak buat silap.

Tapi kenapa eh? One of my friend datang kat aku. Let me introduce her as N. Luahkan problem dia kat aku. Aku tahu dari dulu lagi dia minat kat ‘abang’ dia. Let me call him as Z. Kalau tak silap aku… dari tahun 2006. Lama gak en. Tapi masuk je tahun 2007, diorang jadi lebih rapat and i thought diorang couple. Aku gembira juga sebab N suka gila kat Z.

Z akan bawa N ke mana saja dia pergi. Kebetulan Z ni minat tengok gig. So N akan pergi teman Z ke gig. Selalu juga aku nampak diorang lepak. Keluar enjoy sama-sama. Diorang je tak nampak aku kot. Until one day, masa tu aku nak tengok movie ‘Resident Evil 3′. Aku sorang je masa tu. Yelah.. orang tak cantik en. Back to the topic! Tengah aku dok mencari tempat aku, tiba-tiba aku macam kenal siapa yang duduk sebelah tempat aku. Aduh! Z dengan N rupanya! Tapi aku buat bodoh jela. Masa tu pun bilik dah gelap, so aku slumber jela duduk sebelah Z. Buat-buat tak kenal jela.

Tapi baru-baru ni, N datang kat aku. Dia cerita yang dia sayang sangat kat Z. Z pun sayang dia. Unfortunately, Z hanya sayang dia just as a friend + sister.

Not long after that, aku terserempak dengan Z. Aku lepak dengan Z somewhere kat Metropoint. Aku saja buka cerita pasal N. Tanpa paksa, Z cerita la semuanya.

Cerita Z:
‘Aku bukan tak sayang dia. Aku sayang sangat. Tapi aku takut nak terima dia. Dia terlalu sempurna. Perfect! Dia baik sangat. Apa yang aku tak suka, dia tak buat. Aku tahu.. dulu dia teruk. Dia perokok tegar. Tapi bila dia dengan aku, dia dah tak buat lagi. Aku happy gila bila dia sanggup berubah. Tapi kenapa dia pilih aku? Aku tak ready nak couple dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan dia. Dia terlalu baik. Aku just nak dia tahu. I love her so much! Setakat ni, aku nak terima dia macam seorang adik, teman yang mampu buat aku happy, always. Aku rasa hati aku terisi bila dia ada. Tapi ni dah dekat dua minggu dia tak contact aku. Aku rasa kosong! Tolong aku, Hani. Aku sayang dia. Mungkin bukan sekarang aku couple dengan dia. Tapi aku mesti ambil dia untuk isi hati aku ni. Please Hani…’

Itulah ceritanya…. aku bukan tak nak tolong korang. Tapi aku sendiri ada problem dalam perhubungan aku. Tapi apa yang aku harap. Z! Kau dengar ni! Jangan sesekali mempersiakan apa yang ada didepan mata. Aku faham perasaan N. Sebab aku perempuan, sama dengan N! Perempuan yang jujur dalam percintaan, bila cintanya ditolak BULAT-BULAT, dia akan mengUNDURkan diri dari life lelaki itu secara PERLAHAN-LAHAN. I hope she still loves you until both of you dah declare nanti.

Kepada N dan Z, aku minta maaf aku publish problem korang dalam blog aku. Aku dah tak tahu nak tolong korang macam mana lagi. Aku tak nak jadi orang tengah. Aku bukan hakim, nak menghukum orang tak tentu pasal. Tapi aku tahu… masing-masing ada alasan tersendiri kan?

To N:
Kita tak dapat nak jangka apa yang ada dalam hati lelaki. Kadang-kadang perbuatan lelaki ni, tak sama dengan maksud dalam hati dia. Aku tahu.. Z pernah pegang tangan N, cium tangan N. Even pernah bagi present yang mungkin bagi N, ia terlalu istimewa. Seperti ada maksud yang terselindung dalam pemberian yang Z beri. Tapi N jangan sedih-sedih lagi. Mungkin ada yang lebih baik nak ‘datang’ kat N.

To Z:
Aku tahu… kau tak bersedia lagi. Mungkin sebab pengalaman lama yang membuat kau serik. Tapi aku harap, kau tak sia-siakan dia. Kalau kau dah kata yang dia terbaik untuk kau, kenapa kau tak teruskan saja perhubungan kau dengan dia? Yelah.. mana tahu.. dia dah terlalu mengharap kat kau, tiba-tiba kau ada ‘orang’ lain. Tak kesian kat dia ke nanti? Penat tunggu kau tapi kau pilih orang lain. Kalau kau tak nak dia, just tell her! Jangan jadi pengecut! Tak guna kau jadi lelaki kalau kau takut nak ambil risiko dalam hidup kau!

To both of you, aku minta maaf kalau aku terkasar bahasa. Aku sengaja buat macam ni sebab aku nak korang sedar. Aku tak nak N jadi macam aku!

Tidak Kesampaian?

Kadang-kadang kita terlalu meminta perkara yang bukan-bukan sehingga menyusahkan diri sendiri. Dan kadang-kala ia juga melibatkan orang lain yang mungkin tidak berapa suka dengan apa yang kita lakukan itu. Kenapa aku kata begitu? Memang itu yang telah aku lakukan akhir-akhir ini.

Disebabkan terlalu mengikut isi hati yang entahkan menjadi relaiti atau tidak, aku sanggup buat apa saja. Tapi apa yang diharapkan tak kesampaian. Hati manusia tidak dapat dipaksa hanya kerana hati manusia yang lain. Oleh itu, kita seharusnya lebih peka dalam hal ini. Agar tidak terlalu mengharap pada yang lain kecuali ALLAH SWT.

Tapi kini aku sedar. Dan aku percaya. Aku tak kisah ‘kehilangan’ dia dalam hati aku. Asalkan kami masih dan tetap berkawan macam sebelumnya. Pengganti? Forget it…

Jadi… aku nak berterima kasih pada Muchi sebab bagi aku ayat perangsang baru-baru ini. Aku akan takkan kejar ‘rama-rama’ lagi, penat sangat! Biarlah ‘rama-rama’ tu hinggap sendiri kat aku ;)

peace;
HANI

Tiada Menyintaimu?

Cinta adalah satu perasaan yang suci. Cinta pada Tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada haiwan, dan sebagainya. Namun, kita harus mengenali apa itu erti cinta sebenar. Supaya kita lebih berhati-hati agar cinta tidak membutakan segala kecelikkan mata hati kita.

Cinta bukan hanya untuk kekasih semata-mata. Berilah sepenuh cinta pada Tuhan yang memberi kita penghidupan di dunia. Berilah sepenuh cinta pada ibu dan bapa kerana melahirkan dan menjaga kita. Berilah sepenuh cinta pada sahabat kerana mereka menemani kita di dunia luar.

Tetapi, mengapa ada yang tidak menghargai cinta? Ada yang mengatakan bahawa tiada siapa pun yang mencintainya. Betulkah ada manusia yang tidak dicintai? Adakah cinta adalah permainan semata-mata? Betulkah cinta itu buta? Persoalan ini mati begitu sahaja jika manusia itu jahil.

Percayalah.. bahawa tiada sesiapa pun yang ditakdirkan hidup keseorangan tanpa cinta. Pasti ada! Buat apa kita nak tahu siapa yang mencintai kita? Cinta itu tidak dapat ditafsirkan sebanyak mana benar dan kuantitinya. Kerana hanya hati yang dapat menafsirkan perkara halus ini. Cinta juga tidak buta. Hanya sang pencinta yang jahil sahaja membutakan cinta itu. Manusia yang hanya mahukan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan apa keburukan yang bakal menimpa. Itulah perosak cinta.

Cuba anda fikirkan.. mengapa perlu menyintai seseorang yang entahkan benar kesungguhan menyintaimu sedangkan telah ternyata dia tidak menyintai kamu? Mengapa kamu sisihkan kesungguhan cinta ibu dan bapa kamu sedangkan mereka benar-benar menyintai kamu? Mengapa kamu sanggup melupakan cinta seorang sahabat semata-mata cinta seorang lelaki atau perempuan yang baru sahaja anda kenali yang entahkan tulus hatinya menyintai kamu? Fikir-fikirkanlah…

Pilihlah cinta yang suci dan benar. Ia tidak merugikan kamu. Jangan mengalah! Jika benar tiada sesiapa pun mencintai diri kamu. Bukankah Tuhan mencintai kamu? Fikirkanlah sahabatku…

Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah meluahkan perkara di atas pada Hani, Hani harap anda semua faham apa yang Hani cuba terangkan di sini. Bukan untuk mengutuk atau mempersendakan anda. Tetapi sebagai satu jawapan untuk persoalan dalam diri anda yang selama ini membelenggu kotak fikiran anda. Hani tahu.. Hani bukanlah reti dalam bab cinta. Tetapi mungkin ini dapat membantu anda dalam membentuk diri untuk mengenali cinta berpandukan dari pendapat Hani yang tidak seberapa ini. Apa yang perlu anda buat, berserah pada Yang Esa. Jangan mudah melatah dalam kehidupan cinta. Sesungguhnya cinta itu mempunyai perbezaan pendapat yang ketara bezanya antara manusia dengan manusia yang lain.

If you feel that you are a MALAYSIAN !!!

* dipetik dari blog band Tabloid *

Wednesday, January 23, 2008

Please READ this if you feel that you are a MALAYSIAN!
Current mood: hopeful
Category: Goals, Plans, Hopes

To all who consider themselves as Malaysians,

Sepertimana yang kami semua sedari, industri muzik tempatan kami tidaklah seindah bagaikan industri-industri yang berada di Negara-negara barat. Kami harus akui bahawa muzik2 yang berasal daripada barat berkualiti dan juga mempunyai impak yang amat besar di dalam hidup masing-masing. Bukan sahaja kami, boleh dikatakan hampir seluruh dunia telah dipengaruhi dengan muzik yang telah dibawa oleh meraka.

Bagaimanakah mereka mampu melakukannya?

Sokongan daripada rakyat mereka sendiri merupakan faktor yang paling besar industri muzik di negara-negara barat mampu mencapai di mana mereka berada kini. Peminat-peminat mereka sendiri yang mampu membawa muzik mereka ke peringkat di mana ia mampu mempengaruhi kami semua. Di mana kami sendiri akan menyokong muzik-muzik yang dibawa dari negara-negara barat itu.

Bukan sahaja negara barat. Mari kita cuba lihat industri muzik yang berada di benua asia ini sendiri. Jepun, China, India, Indonesia dan banyak lagi. Industri mereka mampu maju sehingga muzik yang dibawakan oleh mereka mampu tersebar keseluruh dunia. Semuanya kerana sokongan daripada orang-orang mereka sendiri. Muzik dari negara-negara ini jugalah yang mampu menjadi "soundtrack" wayang-wayang pada masa ini, hit di carta-carta radio termasuk negara kami sendiri dan menyebabkan beberapa ahli-muzik kami sendiri terpengaruh dengak muzik yang dibawa oleh mereka.

Mengapakah muzik dari Malaysia tidak begitu jelas kelihatan di muka bumi ini?

Ini semuanya disebabkan oleh kami sendiri yang tidak ingin mendengar dan juga tidak ingin membantu industri muzik kami untuk bangun. Kami sendiri yang menjatuhkan para seniman yang mampu pergi jauh di dunia ini. Kami sendiri yang mengatakan "Buat apa dengar lagu local…gila boring" ataupun "Gila melayu kau dengar lagu Malaysia". Kami sendirilah yang percaya bahawa industri kami tidak mempunyai harapan. Kami sendirilah yang terlampau menggila-gilakan lagu-lagu daripada luar negara.

Di sini, saya ingin cuba membuka mata rakyat kami sendiri supaya bangun untuk memperjuangkan muzik tanah air kami. Kami seharusnya bangga dengan apa yang kami ada. Sesungguhnya muzik-muzik tempatan juga amat berkualiti dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam sanubari kami. Marilah kami mulakan pergerakan ini dari sekarang. Marilah kami generasi baru mengubah masa depan muka industri muzik tanah air mulai dari SEKARANG!!

Bila lagi muzik dari Malaysia bakal berkumandang di wayang2 diterbitkan di Hollywood?

Bila lagi muzik Malaysia bakal meninggalkan kesan yang mendalam di muka bumi ini?

RENUNGKANLAH!

Bagi sesiapa yang setuju dengan petikan ini, diharap mampu menyebarkannya secepat mungkin. Sila forward semula bulletin ini ataupun sebarkan di mana jua yang anda mampu. Semoga Petikan ini mampu mengubah masa depan Industri muzik Malaysia kelak. Bagi mereka yang tidak setuju…..sedih jugak aa..hahahahaha!!! Jikalau anda ingin comment tentang petikan ini, kami telah meletakkan petikan kami ini di blog profile kami. Sekian.

Bullet TABLOID
(www.myspace.com/tabloid06)

The Memories

22hb November 2007, adalah tarikh terakhir Hani exam SPM bersamaan hari terakhir Hani bersekolah di SMK Jalan Bukit, Kajang. Gembira memang gembira sebab dah habis exam, tapi sedih coz lepas ni Hani tak dapat jumpa dengan Ummi, Mak & Ibu Hani kat sekolah, kawan², & semua la yang rapat dengan Hani kat sekolah (termasuklah cleaner yang selalu marah aku kalau aku masuk toilet masa dia tengah cuci toilet setiap tengah hari).

Sepanjang Hani sekolah kat SMKJB, macam² pengalaman Hani lalui. Dapat kawan baru, masuk kaunseling, kes disiplin, macam² lagi la! Tapi apa yang Hani tak boleh lupakan, waktu pembelajaran. Walaupun agak membosankan, tapi untuk masa depan, so Hani concentrate-kan juga la.

Setiap tahun, cikgu silih berganti mengajar Hani. So nak thanks kat cikgu semua:

BM Pn. Norwati [F1], En. Syukri [F2], Pn. Lau Bee Bee [F3], Pn. Siti Karteni [F4~F5].
BI Cik Dzeelfa [F1], Pn. Hamidah [F2], Pn. Kiran [F3], Ms. Kon Mooi Foon [F4~F5].
Sejarah Pn. Habibah [F1], Pn. Lee Sock Lee [F2], Pn. Ummi Erna [F3], Pn. Tuminah [F4~F5], Pn. Puva [F5].
Pend. Islam Pn. Azlina [F1], Pn. Zunaida [F2], Pn. Noraini & En. Zaki [F3], Pn. Radhiah [F4~F5].
Maths Cik Noraihan [F1], Pn. Tan Chih Meng [F2], Pn. Adeline [F3], Pn. Sim Kay Shu [F4~F5].
ERT Pn. Zakiah [F1], Pn. Muniroh [F2], Pn. Irene Chong Moi Moi [F3].
Geografi Pn. Fam Pow Sham [F1], Pn. Azimah [F2], En. Theng Kock Leing [F3].
Sains Pn. Zarina [F1], Pn. Hasanah [F2], Pn. Halimah [F3].
Biology Pn. Halimah [F4].
Physics Pn. Norzilah [F4~F5].
Chemistry Pn. Loh Mei Lan [F4~F5].
Add Maths En. Chan Kai Choon [F4~F5], Pn. Sim Kay Shu [F5].
EST Pn. Koh Kim Choo [F4~F5].
Tasawwur Islam En. Zaki & Pn. Noraisah [F5].

Tak lupa gak kat kawan² yang ada mengajar Hani & other Sengal Crew (Muci, Ejat, Seha & Marz) dengan specialty diorang tersendiri. Memang tak dapat dinafikan, Muci terer dengan Arts, Ejat dengan Sejarah, Seha dengan Bahasa, & Marz dengan Pendidikan Islam. Yeah… setiap orang ada specialty masing² right?

So lepas ni, reunion ok friends!? Jangan senyap camtu je!!

SPM

Yeah.. SPM!! Gementar gila ni! Tapi kena lalui gak. Nasib jadual SPM Hani cuma dua minggu pertama je. Lepas tu, Hani leh . . .

E-N-J-O-Y

Memang betul kata kawan Hani, Hani memang bertuah sebab paper Hani habis paling awal kalau nak dibandingkan dengan kawan lain. Smart heh..

So ni subjek + tarikh paper Hani :
12hb Nov = BM 1, Sejarah 1, BM 2
13hb Nov = English 1, English 2, Sejarah 2
14hb Nov = Maths 1, Maths 2, Tasawwur Islam 1
15hb Nov = Tasawwur Islam 2
16hb Nov = English for Science & Technology 1, 2
19hb Nov = P. Islam 1, 2
20hb Nov = Add Maths 1, 2
21hb Nov = Physics 1, 2, 3
22hb Nov = Chemistry 1, 2, 3

Memang nampak sikit, tapi nak jawabnya masya-Allah… susah!! Tapi insya-Allah. Kalau dah berusaha, dah study, semua tu boleh diatasi. Amin~

So Long And Goodbye

Hari ni hari terakhir Abang Farin + Abang Najdi kat sekolah Hani. Ada lagi dua orang; Faiz + Sulor. Memang pertemuan ni sekejap tapi bermakna bagi Hani. Sebab diorang, Hani yakin Hani dapat harungi hidup Hani. Diorang gak banyak tolong Hani dalam study. Memang la budak2 sekolah Hani selalu nampak Hani ponteng kelas. Tapi Hani bukan ponteng suka2 je. Hani minta tunjuk ajar dari diorang.

Setakat ni, Hani still ikut la apa yang diorang cakap. Tapi tak tau la masa depan ek. Hehe! Antara semua cikgu praktikal tu, Hani paling rapat dengan Abang Farin. Yalah.. dia sebaya dengan Abang Romi (abang Hani). So Hani hormat dia as a brother + teacher + friend.

Erm.. about others, Hani tak berapa rapat tapi ngam la jugak.


Cikgu Sulor + Cikgu Farin + Cikgu Faiz + Cikgu Najdi

Then, bila dah masing2 nak balik, Hani ikut Marz + Muci + Seha ke Pizza Hut kat depan High School Kajang, ada jamuan makan kelas diorang. Tapi Hani menyibuk la kejap. Mula2 memang nak gi sana tapi ada problems sikit. So kitorang lepak kat KFC sebelah Pizza Hut tu. Lepak dengan Xing Loong + Chee Keong + Tiam Foo + Chun Hau + Nick. Best gila! Dari pukul 12.50 tengah hari sampai pukul 3.00 petang kat sana.

Then jalan2 kat Metropoint lagi. Memang penat! Neway, kitorang enjoy sangat!

p/s: gambar kitorang enjoy kat KFC + Metropoint tak dapat Hani nak tunjuk kat korang coz gambar tu ada kat kawan Hani. So tunggu ya!

« Previous entries