If you feel that you are a MALAYSIAN !!!
* dipetik dari blog band Tabloid *
Wednesday, January 23, 2008
Please READ this if you feel that you are a MALAYSIAN!
Current mood: hopeful
Category: Goals, Plans, Hopes
To all who consider themselves as Malaysians,
Sepertimana yang kami semua sedari, industri muzik tempatan kami tidaklah seindah bagaikan industri-industri yang berada di Negara-negara barat. Kami harus akui bahawa muzik2 yang berasal daripada barat berkualiti dan juga mempunyai impak yang amat besar di dalam hidup masing-masing. Bukan sahaja kami, boleh dikatakan hampir seluruh dunia telah dipengaruhi dengan muzik yang telah dibawa oleh meraka.
Bagaimanakah mereka mampu melakukannya?
Sokongan daripada rakyat mereka sendiri merupakan faktor yang paling besar industri muzik di negara-negara barat mampu mencapai di mana mereka berada kini. Peminat-peminat mereka sendiri yang mampu membawa muzik mereka ke peringkat di mana ia mampu mempengaruhi kami semua. Di mana kami sendiri akan menyokong muzik-muzik yang dibawa dari negara-negara barat itu.
Bukan sahaja negara barat. Mari kita cuba lihat industri muzik yang berada di benua asia ini sendiri. Jepun, China, India, Indonesia dan banyak lagi. Industri mereka mampu maju sehingga muzik yang dibawakan oleh mereka mampu tersebar keseluruh dunia. Semuanya kerana sokongan daripada orang-orang mereka sendiri. Muzik dari negara-negara ini jugalah yang mampu menjadi "soundtrack" wayang-wayang pada masa ini, hit di carta-carta radio termasuk negara kami sendiri dan menyebabkan beberapa ahli-muzik kami sendiri terpengaruh dengak muzik yang dibawa oleh mereka.
Mengapakah muzik dari Malaysia tidak begitu jelas kelihatan di muka bumi ini?
Ini semuanya disebabkan oleh kami sendiri yang tidak ingin mendengar dan juga tidak ingin membantu industri muzik kami untuk bangun. Kami sendiri yang menjatuhkan para seniman yang mampu pergi jauh di dunia ini. Kami sendiri yang mengatakan "Buat apa dengar lagu local…gila boring" ataupun "Gila melayu kau dengar lagu Malaysia". Kami sendirilah yang percaya bahawa industri kami tidak mempunyai harapan. Kami sendirilah yang terlampau menggila-gilakan lagu-lagu daripada luar negara.
Di sini, saya ingin cuba membuka mata rakyat kami sendiri supaya bangun untuk memperjuangkan muzik tanah air kami. Kami seharusnya bangga dengan apa yang kami ada. Sesungguhnya muzik-muzik tempatan juga amat berkualiti dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam sanubari kami. Marilah kami mulakan pergerakan ini dari sekarang. Marilah kami generasi baru mengubah masa depan muka industri muzik tanah air mulai dari SEKARANG!!
Bila lagi muzik dari Malaysia bakal berkumandang di wayang2 diterbitkan di Hollywood?
Bila lagi muzik Malaysia bakal meninggalkan kesan yang mendalam di muka bumi ini?
RENUNGKANLAH!
Bagi sesiapa yang setuju dengan petikan ini, diharap mampu menyebarkannya secepat mungkin. Sila forward semula bulletin ini ataupun sebarkan di mana jua yang anda mampu. Semoga Petikan ini mampu mengubah masa depan Industri muzik Malaysia kelak. Bagi mereka yang tidak setuju…..sedih jugak aa..hahahahaha!!! Jikalau anda ingin comment tentang petikan ini, kami telah meletakkan petikan kami ini di blog profile kami. Sekian.
Bullet TABLOID
(www.myspace.com/tabloid06)