Archive for February, 2008

Tiada Menyintaimu?

Cinta adalah satu perasaan yang suci. Cinta pada Tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada haiwan, dan sebagainya. Namun, kita harus mengenali apa itu erti cinta sebenar. Supaya kita lebih berhati-hati agar cinta tidak membutakan segala kecelikkan mata hati kita.

Cinta bukan hanya untuk kekasih semata-mata. Berilah sepenuh cinta pada Tuhan yang memberi kita penghidupan di dunia. Berilah sepenuh cinta pada ibu dan bapa kerana melahirkan dan menjaga kita. Berilah sepenuh cinta pada sahabat kerana mereka menemani kita di dunia luar.

Tetapi, mengapa ada yang tidak menghargai cinta? Ada yang mengatakan bahawa tiada siapa pun yang mencintainya. Betulkah ada manusia yang tidak dicintai? Adakah cinta adalah permainan semata-mata? Betulkah cinta itu buta? Persoalan ini mati begitu sahaja jika manusia itu jahil.

Percayalah.. bahawa tiada sesiapa pun yang ditakdirkan hidup keseorangan tanpa cinta. Pasti ada! Buat apa kita nak tahu siapa yang mencintai kita? Cinta itu tidak dapat ditafsirkan sebanyak mana benar dan kuantitinya. Kerana hanya hati yang dapat menafsirkan perkara halus ini. Cinta juga tidak buta. Hanya sang pencinta yang jahil sahaja membutakan cinta itu. Manusia yang hanya mahukan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan apa keburukan yang bakal menimpa. Itulah perosak cinta.

Cuba anda fikirkan.. mengapa perlu menyintai seseorang yang entahkan benar kesungguhan menyintaimu sedangkan telah ternyata dia tidak menyintai kamu? Mengapa kamu sisihkan kesungguhan cinta ibu dan bapa kamu sedangkan mereka benar-benar menyintai kamu? Mengapa kamu sanggup melupakan cinta seorang sahabat semata-mata cinta seorang lelaki atau perempuan yang baru sahaja anda kenali yang entahkan tulus hatinya menyintai kamu? Fikir-fikirkanlah…

Pilihlah cinta yang suci dan benar. Ia tidak merugikan kamu. Jangan mengalah! Jika benar tiada sesiapa pun mencintai diri kamu. Bukankah Tuhan mencintai kamu? Fikirkanlah sahabatku…

Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah meluahkan perkara di atas pada Hani, Hani harap anda semua faham apa yang Hani cuba terangkan di sini. Bukan untuk mengutuk atau mempersendakan anda. Tetapi sebagai satu jawapan untuk persoalan dalam diri anda yang selama ini membelenggu kotak fikiran anda. Hani tahu.. Hani bukanlah reti dalam bab cinta. Tetapi mungkin ini dapat membantu anda dalam membentuk diri untuk mengenali cinta berpandukan dari pendapat Hani yang tidak seberapa ini. Apa yang perlu anda buat, berserah pada Yang Esa. Jangan mudah melatah dalam kehidupan cinta. Sesungguhnya cinta itu mempunyai perbezaan pendapat yang ketara bezanya antara manusia dengan manusia yang lain.