Archive for September, 2008

Adik, Kawan, atau… Cinta?

Kehidupan disekeliling kita ni kadang-kadang tak seberapa sempurna di mata kita. Bila dah ada yang baik, mesti kita tak puas hati. Nak yang lebih baik dari tu. Macamlah kita ni baik sangat. Tapi kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Manusia memang banyak buat silap.

Tapi kenapa eh? One of my friend datang kat aku. Let me introduce her as N. Luahkan problem dia kat aku. Aku tahu dari dulu lagi dia minat kat ‘abang’ dia. Let me call him as Z. Kalau tak silap aku… dari tahun 2006. Lama gak en. Tapi masuk je tahun 2007, diorang jadi lebih rapat and i thought diorang couple. Aku gembira juga sebab N suka gila kat Z.

Z akan bawa N ke mana saja dia pergi. Kebetulan Z ni minat tengok gig. So N akan pergi teman Z ke gig. Selalu juga aku nampak diorang lepak. Keluar enjoy sama-sama. Diorang je tak nampak aku kot. Until one day, masa tu aku nak tengok movie ‘Resident Evil 3′. Aku sorang je masa tu. Yelah.. orang tak cantik en. Back to the topic! Tengah aku dok mencari tempat aku, tiba-tiba aku macam kenal siapa yang duduk sebelah tempat aku. Aduh! Z dengan N rupanya! Tapi aku buat bodoh jela. Masa tu pun bilik dah gelap, so aku slumber jela duduk sebelah Z. Buat-buat tak kenal jela.

Tapi baru-baru ni, N datang kat aku. Dia cerita yang dia sayang sangat kat Z. Z pun sayang dia. Unfortunately, Z hanya sayang dia just as a friend + sister.

Not long after that, aku terserempak dengan Z. Aku lepak dengan Z somewhere kat Metropoint. Aku saja buka cerita pasal N. Tanpa paksa, Z cerita la semuanya.

Cerita Z:
‘Aku bukan tak sayang dia. Aku sayang sangat. Tapi aku takut nak terima dia. Dia terlalu sempurna. Perfect! Dia baik sangat. Apa yang aku tak suka, dia tak buat. Aku tahu.. dulu dia teruk. Dia perokok tegar. Tapi bila dia dengan aku, dia dah tak buat lagi. Aku happy gila bila dia sanggup berubah. Tapi kenapa dia pilih aku? Aku tak ready nak couple dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan dia. Dia terlalu baik. Aku just nak dia tahu. I love her so much! Setakat ni, aku nak terima dia macam seorang adik, teman yang mampu buat aku happy, always. Aku rasa hati aku terisi bila dia ada. Tapi ni dah dekat dua minggu dia tak contact aku. Aku rasa kosong! Tolong aku, Hani. Aku sayang dia. Mungkin bukan sekarang aku couple dengan dia. Tapi aku mesti ambil dia untuk isi hati aku ni. Please Hani…’

Itulah ceritanya…. aku bukan tak nak tolong korang. Tapi aku sendiri ada problem dalam perhubungan aku. Tapi apa yang aku harap. Z! Kau dengar ni! Jangan sesekali mempersiakan apa yang ada didepan mata. Aku faham perasaan N. Sebab aku perempuan, sama dengan N! Perempuan yang jujur dalam percintaan, bila cintanya ditolak BULAT-BULAT, dia akan mengUNDURkan diri dari life lelaki itu secara PERLAHAN-LAHAN. I hope she still loves you until both of you dah declare nanti.

Kepada N dan Z, aku minta maaf aku publish problem korang dalam blog aku. Aku dah tak tahu nak tolong korang macam mana lagi. Aku tak nak jadi orang tengah. Aku bukan hakim, nak menghukum orang tak tentu pasal. Tapi aku tahu… masing-masing ada alasan tersendiri kan?

To N:
Kita tak dapat nak jangka apa yang ada dalam hati lelaki. Kadang-kadang perbuatan lelaki ni, tak sama dengan maksud dalam hati dia. Aku tahu.. Z pernah pegang tangan N, cium tangan N. Even pernah bagi present yang mungkin bagi N, ia terlalu istimewa. Seperti ada maksud yang terselindung dalam pemberian yang Z beri. Tapi N jangan sedih-sedih lagi. Mungkin ada yang lebih baik nak ‘datang’ kat N.

To Z:
Aku tahu… kau tak bersedia lagi. Mungkin sebab pengalaman lama yang membuat kau serik. Tapi aku harap, kau tak sia-siakan dia. Kalau kau dah kata yang dia terbaik untuk kau, kenapa kau tak teruskan saja perhubungan kau dengan dia? Yelah.. mana tahu.. dia dah terlalu mengharap kat kau, tiba-tiba kau ada ‘orang’ lain. Tak kesian kat dia ke nanti? Penat tunggu kau tapi kau pilih orang lain. Kalau kau tak nak dia, just tell her! Jangan jadi pengecut! Tak guna kau jadi lelaki kalau kau takut nak ambil risiko dalam hidup kau!

To both of you, aku minta maaf kalau aku terkasar bahasa. Aku sengaja buat macam ni sebab aku nak korang sedar. Aku tak nak N jadi macam aku!

Tidak Kesampaian?

Kadang-kadang kita terlalu meminta perkara yang bukan-bukan sehingga menyusahkan diri sendiri. Dan kadang-kala ia juga melibatkan orang lain yang mungkin tidak berapa suka dengan apa yang kita lakukan itu. Kenapa aku kata begitu? Memang itu yang telah aku lakukan akhir-akhir ini.

Disebabkan terlalu mengikut isi hati yang entahkan menjadi relaiti atau tidak, aku sanggup buat apa saja. Tapi apa yang diharapkan tak kesampaian. Hati manusia tidak dapat dipaksa hanya kerana hati manusia yang lain. Oleh itu, kita seharusnya lebih peka dalam hal ini. Agar tidak terlalu mengharap pada yang lain kecuali ALLAH SWT.

Tapi kini aku sedar. Dan aku percaya. Aku tak kisah ‘kehilangan’ dia dalam hati aku. Asalkan kami masih dan tetap berkawan macam sebelumnya. Pengganti? Forget it…

Jadi… aku nak berterima kasih pada Muchi sebab bagi aku ayat perangsang baru-baru ini. Aku akan takkan kejar ‘rama-rama’ lagi, penat sangat! Biarlah ‘rama-rama’ tu hinggap sendiri kat aku ;)

peace;
HANI