Tidak Kesampaian?

Kadang-kadang kita terlalu meminta perkara yang bukan-bukan sehingga menyusahkan diri sendiri. Dan kadang-kala ia juga melibatkan orang lain yang mungkin tidak berapa suka dengan apa yang kita lakukan itu. Kenapa aku kata begitu? Memang itu yang telah aku lakukan akhir-akhir ini.

Disebabkan terlalu mengikut isi hati yang entahkan menjadi relaiti atau tidak, aku sanggup buat apa saja. Tapi apa yang diharapkan tak kesampaian. Hati manusia tidak dapat dipaksa hanya kerana hati manusia yang lain. Oleh itu, kita seharusnya lebih peka dalam hal ini. Agar tidak terlalu mengharap pada yang lain kecuali ALLAH SWT.

Tapi kini aku sedar. Dan aku percaya. Aku tak kisah ‘kehilangan’ dia dalam hati aku. Asalkan kami masih dan tetap berkawan macam sebelumnya. Pengganti? Forget it…

Jadi… aku nak berterima kasih pada Muchi sebab bagi aku ayat perangsang baru-baru ini. Aku akan takkan kejar ‘rama-rama’ lagi, penat sangat! Biarlah ‘rama-rama’ tu hinggap sendiri kat aku ;)

peace;
HANI



1 Comment »

  1.   saifullah Said:

    on September 27, 2008 at 11:37 pm

    mmm…….

    that what ur need to do a long time ago…

    by the way enjoy ur life……

    hope for the best….

    lean for YESTERDAY,live for TODAY,hope for TOMORROW….

{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI

Leave a Comment