Archive for October, 2008

Hidup Tidak Terduga

Kadang-kadang apa yang kita
nak,
fikir,
dan dapat,
semuanya tak sama.

Keluarga,
sahabat,
cinta,
dan cita-cita.

Seperti yang kita duga. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Terjamin masa depan. Dan bahagia dengan apa yang kita dapat. Tapi adakah semua itu dapat memuaskan hati kita masing-masing?

Hidup ni memang payah nak diduga. Apa yang mustahil itu yang terjadi. Kadang-kadang kita tak nak dia. Tapi ALLAH lebih mengetahui dari kita. Dan akhirnya, dia jadi milik kita. Jangan mudah memperkecilkan nikmat ini. Walaupun ada banyak kekurangan dalam diri seseorang, namun terdapat satu kebaikan yang terselit dalam banyak-banyak kejahatan yang kita nampak dan yang dia lakukan.

Oleh itu, jangan pandang rendah pada seseorang yang luarannya mungkin teruk. Tapi kita kena lihat dalamannya. Hati yang
ikhlas,
jujur,
bukan senang nak cari dan dapat dengan mudah en.

peace;
hani

Hidup Ini — Part 1

Kadang-kadang hidup agak membosankan bila kita tiada siapa. Tapi bila ada seseorang, ia bertambah membosankan disebabkan beberapa perkara yang terpaksa disekat atas sebab seseorang itu tidak suka. Macam bodoh je en? (Memang bodoh). 

Terus terang aku katakan, selepas aku ada dia, kehidupan aku ‘agak’ bosan.
Tak ada gig.
Tak ada jamming.
Tak ada drugs (ni tak apa).
Tak ada free-life style.
Bosan!

Tapi aku tak perlu rasa macam tu sepatutnya. (Kenapa?) Sebab aku tahu dia sayang aku dan dia tak nak aku terjebak macam dulu.
Teruk.
Hina.
Macam-macam lagi la yang aku rasa (pa*at!)

Tapi kadang-kadang aku terfikir.. (Amende?) Dia dah buang aku satu masa dulu. Dan sekarang dia milik aku (bodohnye..). Aku tak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Tapi aku perlukan penjelasan yang ‘lebih’ jelas + kukuh (macam dalam mahkamah je).

Aku pernah berniat jahat selepas dia tolak aku dulu. (Setan betul!) Kira macam balas dendam la. Tapi.. entah le. Tak sampai hati plak aku selepas dia mintak declare masa pagi raya hari tu.

Paling ‘berdosa’ sekali, selepas dia tolak aku dulu. Aku jadi macam aku dulu.
Gigs.
Drugs.
Free life-style.
Macam si*l je!

Tapi alhamdulillah.. aku dan dia bersefahaman sekarang. Harap sampai bila-bila. Sampai aku mati. (Amin~)