Hidup Ini — Part 1

Kadang-kadang hidup agak membosankan bila kita tiada siapa. Tapi bila ada seseorang, ia bertambah membosankan disebabkan beberapa perkara yang terpaksa disekat atas sebab seseorang itu tidak suka. Macam bodoh je en? (Memang bodoh). 

Terus terang aku katakan, selepas aku ada dia, kehidupan aku ‘agak’ bosan.
Tak ada gig.
Tak ada jamming.
Tak ada drugs (ni tak apa).
Tak ada free-life style.
Bosan!

Tapi aku tak perlu rasa macam tu sepatutnya. (Kenapa?) Sebab aku tahu dia sayang aku dan dia tak nak aku terjebak macam dulu.
Teruk.
Hina.
Macam-macam lagi la yang aku rasa (pa*at!)

Tapi kadang-kadang aku terfikir.. (Amende?) Dia dah buang aku satu masa dulu. Dan sekarang dia milik aku (bodohnye..). Aku tak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Tapi aku perlukan penjelasan yang ‘lebih’ jelas + kukuh (macam dalam mahkamah je).

Aku pernah berniat jahat selepas dia tolak aku dulu. (Setan betul!) Kira macam balas dendam la. Tapi.. entah le. Tak sampai hati plak aku selepas dia mintak declare masa pagi raya hari tu.

Paling ‘berdosa’ sekali, selepas dia tolak aku dulu. Aku jadi macam aku dulu.
Gigs.
Drugs.
Free life-style.
Macam si*l je!

Tapi alhamdulillah.. aku dan dia bersefahaman sekarang. Harap sampai bila-bila. Sampai aku mati. (Amin~)



Leave a Comment