Minat atau… Trend?

Sekarang ni, kita digegarkan dengan pelbagai budaya, pendedahan muzik, cara pemakaian, dan macam-macam lagi la! Ia semacam satu trend atau ikutan. Seperti membiak dari satu kelompok yang kecil menjadi besar.

Budak mentah seperti budak tadika, sekolah rendah dan menengah mudah dipengaruhi trend sebegini. Yelah.. otak kosong lagi. Dah masuk dengan ‘menatang’ tu semua. Mana tak ikut-ikut kan. Tapi sedar atau tidak, ia mampu merosakkan masyarakat baru kita. Antara trend negatif contohnya macam rempit. Even budak-budak kecil sekarang dah tahu ‘willie tu apa. Kalau tahu saja tak apa lagi, ni sampai mengikut apa yang diorang buat. Terus terang aku cakap, aku rasa macam nak langgar je budak-budak yang buat aksi rempit guna basikal kat area perumahan aku ni. Bila bercakap, bajet bagus je diorang semua. Macam semuanya pandai.

Tak berapa lama selepas rempit, cara pemakaian emo gothic pula mendapat perhatian. Tu pun selepas band My Chemical Romance  bertapak kat Malaysia. Majoriti budak-budak yang ghairah memakai pakaian sebegitu, budak sekolah. Keluar jalan-jalan kat kota, bangga dengan make-up ala-ala emo gothic. Sampai habis make-up mak dan kakak diorang. Entahlah…

Bila band indie mula mendapat perhatian, muncullah pelbagai manusia yang kononnya meminati band-band ini sejak dari azali lagi. Ini gara-gara drama siri Kami yang ditayangkan di 8TV dua tahun lepas. Kalau yang memang kaki gigs, layan indie, aku tak kisah. Entahlah diorang tu.

Aku ingat lagi, tahun 2007, masa tu band Meet Uncle Hussain tak berapa famous di kalangan orang yang tak layan gig. So masa tu first time aku bagi kawan-kawan dengar lagu diorang. Kalau tak silap lagu Pari Pari Di Bawah Angin ke Pura Pura (tak ingat!). Diorang bukan main mengutuk lagi. Sekarang diorang siap buat caller ringtone lagi lagu tu. Cakap tak serupa bikin diorang tu. Iman tak kuat. Haha!

Walau apapun trend yang berlaku kat dalam Malaysia ni, aku tetap mengaku yang aku Malaysian! Buruk baik orang kita, kita kena tegur gak. Kalau diorang tak nak dengar, tembak je dengan senapang gajah. Haha! Buat semua yang suka terikut-ikut, henti-hentikanlah semua tu. Kalau korang memang minat gig, shuffle, rempit, ke whatever, biarlah bertamadun sikit. Jangan nak menyusahkan orang je okay!

Yang penting sekali! Kalau korang tu still belajar, tak kira lah sekolah atau kolej, pandai-pandailah bahagikan masa dengan apa yang korang minat. Masa belajar, 100% belajar. Masa jamming, 100% jamming. Jangan time jamming, fikir ‘alamak, assignment tak siap lagi, sok kena hantar’. Jadi tak feel en.

Renung-renungkan dan selamat beramal!
petikan kata pakar motivasi prof izuddin hj ali (prof izzi)

peace
hani 09



2 Comments »

  1.   alanshah Said:

    on March 10, 2009 at 4:03 pm

    cam penah bace je post nie?
    p ktne ek?
    hihihi..

  2.   hani lorh Said:

    on June 4, 2009 at 7:36 pm

    huhu ni la dr blog kat mespes ~

{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI

Leave a Comment